SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HINDU DAN VESAKHI

Selama dua hari bermula dari 14 April, masyarakat India beragama Hindu akan merayakan Tahun Baru mereka. Hari istimewa ini dikenali dengan pelbagai nama; kepada masyarakat Tamil, ia dikenali sebagai Puthandu, dan hari ini ialah hari memperingati tahun Vikruthi manakala kepada masyarakat Malayalee ia dikenal dengan nama Vishu. Selain daripada itu, masyarakat Sikh Malaysia akan merayakan hari Vesakhi yang jatuh pada 14 April untuk memperingati kelahiran Khalsa – yang merupakan hari terpenting kepada masyarakat Sikh di seluruh dunia.

Jawatankuasa KRT TDHAA mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru kepada semua masyarakat Hindu dan kepada masyarakat Sikh, Selamat Hari Vesakhi dan mendoakan agar anda semua akan dapat merayakan hari yang bertuah ini bersama-sama keluarga dan sahabat handai.
Menjadi amalan kita sebagai rakyat Malaysia, perayaan-perayaan seperti ini adalah waktu untuk kita lebih mengenali dan memahami antara satu sama lain. Semakin banyak kita mengetahui tentang satu sama lain, semakin kita menghargai kekayaan dan keutuhan nilai-nilai budaya kita. Walaupun pelbagai rupa dan bentuknya, persamaan nilai yang menjadi teras kepada kepelbagaian budaya kita memperlihatkan bahawa kita sebenarnya mempunyai banyak persamaan. Berbekalkan semangat 1Malaysia, marilah kita merebut peluang untuk bersama-sama merayakan hari yang istimewa ini.

0 Comments:

Post a Comment