PROGRAM SENAMROBIK MUHIBBAH 1 MALAYSIA








Pada 15 April 2010 yang lalu, KRT TDHAA telah menganjurkan Program Senamrobik Muhibbah 1 Malaysia bertempat di Laman Perpaduan KRT TDHAA. Program yang bermula pada jam 7.45 pagi ini telah disertai kira-kira hampir 50 orang. Turut hadir Puan Nor Hafizah Bte Che' Iberahim, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka Daerah Jasin dan Encik Khairul Nizam Bin Alias, Penolong Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka Daerah Jasin.

Program ini yang diadakan bersempena cuti Pengisytiharan Bandaraya Melaka Bersejarah bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara semua penduduk-penduduk di TDHAA ini. Selain itu ia juga bertujuan menggalakkan penduduk di TDHAA ini mengamalkan cara dan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti seperti ini.

Pada awalnya program ini dijangka dirasmikan oleh YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam tetapi disebabkan YB. Datuk mempunyai ketentuan lain yang tidak dapat dielakkan, maka ianya tidak dapat dirasmikan dan dijalankan seperti senamrobik biasa. Walau sibuk disebabkan tugas sebagai seorang wakil rakyat, YB. Datuk telah menghadirkan diri pada akhir program ini sebagai memberi sokongan terhadap penganjuran program ini. Ini membuktikan YB. Datuk merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepenatan diri beliau. Inilah konsep RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN yang diamalkan oleh YB. Datuk. Seluruh warga TDHAA mengucapkan terima kasih kepada YB. Datuk diatas kesudian hadir dalam program-program yang dianjurkan di TDHAA. Kami berbangga mempunyai seorang wakil rakyat berjiwa rakyat seperti YB. Datuk.

0 Comments:

Post a Comment