Jawatankuasa KRT dan Seluruh Penduduk Taman Datuk Haji Abdul Aziz merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Rauf Maidin yang telah kembali kerahmatullah selepas ditemui lemas di perairan Pulau Besar, malam sabtu lalu. Kami berharap, seluruh ahli keluarga Allahyarham dapat bersabar dan menerima ketentuan ilahi ini dengan tabah. Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Dalam kesempatan ini, Kami juga ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat kejadian bot karam membabitkan Allahyarham dan rakannya, Abdullah Abu atau Berahim. Pasukan itu ialah Polis, Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Anggota Komando Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya, JKKK Umbai, Persatuan Nelayan Umbai, nelayan tempatan dan sekitar Umbai serta semua pihak yang bersama-sama melancarkan operasi berkenaan.

Tidak lupa juga kepada YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diatas keperihatinan Datuk Seri yang sudi meluangkan masa melawat tempat kejadian dan bertemu dengan ahli keluarga mangsa..

Hanya Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan membalas budi dan jasa baik tuan-tuan semua.