Kursus Kemahiran Proses Mediasi Komuniti 20 Langkah (Peringkat Asas) Zon Selatan Bil. 1/2009
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 11:32 AMPada 22 hingga 25 April 2009 bertempat di Hotel Orkid, Melaka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional melalui Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) telah mengadakan Kursus Kemahiran Proses Mediasi Komuniti 20 Langkah (Peringkat Asas) Zon Selatan Bil. 1/2009.
Kursus yang dihadiri jawatankuasa tertinggi Rukun Tetangga dari Negeri Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka ini bertujuan memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada pegawai-pegawai pembimbing dan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga mengenai kaedah mediasi. Ia juga adalah bagi melatih Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga menjadi pembimbing (Mediator) untuk merangsang kata sepakat dalam penyelesaian konflik. Kursus ini juga adalah bagi mewujudkan pegawai yang terlatih dalam proses mediasi dan menjadi mediator yang cekap.

Subscribe to:
Posts (Atom)