MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA















Pada 24 September 2010 yang lalu, KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz telah mengadakan MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA bertempat di Laman Perpaduan KRT TDHAA. Majlis yang bermula pada jam 9 mlm ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam.

Majlis ini diadakan bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Malaysia yang disambut oleh rakyat Malaysia baru-baru ini. Majlis ini bertujuan meraikan kedua-dua sambutan ini secara bersama antara semua penduduk di TDHAA tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Selain itu, majlis ini bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara semua penduduk melalui majlis-majlis seperti ini.

Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan majlis ini. Turut hadir ke majlis ini ialah Y.B. Senator Datuk Akbar Bin Ali, Ahli Dewan Negara, Encik Muhammad Sulaiman Bin Markumi, Pemangku Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Encik Zakaria Bin Abu Bakar, Penghulu DUN Serkam, Encik Lazan Bin Ali, Pengerusi KRT Taman Pahlawan merangkap Penghulu DUN Merlimau, Encik Ramlan Bin Ali, Setiausaha Japerun DUN Serkam, Pengerusi-Pengerusi KRT dalam DUN Serkam serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Kemuncak majlis ini adalah persembahan bunga api selama hampir 15 minit. Rata-rata penduduk di TDHAA yang ditemui selepas majlis ini berpuas hati dengan majlis yang dianjurkan oleh KRT TDHAA dan berharap ianya dapat diadakan setiap tahun di TDHAA.