MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 10:26 AMKRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz, Kampung Pulai, Merlimau, Melaka akan mengadakan MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 & Sambutan Hari Malaysia Peringkat Taman Datuk Haji Abdul Aziz seperti ketentuan berikut :-
Tarikh : 24-9-2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Laman Perpaduan KRT TDHAA
Tetamu Kehormat : Y.B. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam.
Majlis ini diadakan bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang baru disambut orang umat Islam di seluruh negara dan juga bersempena Sambutan Hari Malaysia yang bari disambut pada 16 September 2010 yang lalu.
Sehubungan dengan itu, semua adalah dijemput hadir. Kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis ini.
MAAF DIATAS KELEWATAN MENGEMASKINI BLOG KRT TDHAA
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 8:37 AMJawatankuasa KRT TDHAA memohon jutaan kemaafan diatas kelewatan mengemaskini laman blog kami ini disebabkan kekangan masa. Kami berjanji akan sentiasa mengemaskini laman blog ini bagi memudahkan maklumat disalurkan kepada semua pihak. Terima kasih.
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2010
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 10:24 AMSELURUH WARGA
KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ
Mengucapkan
TAHNIAH
Kepada semua Penerima Anugerah Kalung Perpaduan & Pemenang Pelbagai Kategori
sempena
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN
PERINGKAT KEBANGSAAN 2010
yang telah disempurnakan oleh
Y.A.B. TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri
pada 21 Mei 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan B, Melaka International Trade Centre (MITC) Melaka.
SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2010
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 11:30 AMJabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 pada 21 - 23 Mei 2010 (Jumaat-Ahad) bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Majlis Pelancaran SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 akan disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri pada 21 Mei 2010 (Jumaat), jam 8.30 Malam di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka. Acara kemuncak bagi sambutan ini akan menyaksikan penyampaian hadiah dan anugerah bagi pelbagai kategori.Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik bagi memeriahkan lagi sambutan ini di MITC akan diadakan untuk semua pengunjung. Semua Warga RT 1 Malaysia adalah dijemput hadir. Sila klik di sini
DAUN & TEPAK SIREH : MENGERATKAN PERPADUAN KAUM
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 11:32 AMTradisi makan sirih merupakan warisan budaya silam, melebihi 3,000 tahun yang lampau atau zaman Neolitik dan diamalkan dengan meluas di rantau Asia Tenggara, hingga keabad kini. Pengamalnya terdiri dari pelbagai golongan termasuk masyarakat marhaen, pembesar negara, raja serta kalangan istana dan tidak ketinggalan juga kanak-kanak.
Tradisi ini tidak dapat dipastikan dari mana asalnya. Ianya dikatakan berasal dari India, berdasarkan cerita-cerita sastera. Manakala jika berdasarkan bukti linguistik, kemungkinan besar tradisi ini berasal dari kepulauan Indonesia. Pelayar terkenal Marco Polo diabad ketiga belas telah menulis dalam catatannya bahawa terdapat segumpal sentil atau songel tembakau dimulut kaum India. Kenyataan ini dijelaskan juga oleh penjelajah terdahulu daripadanya seperti Ibn Batuta dan Vasco Da Gama yang menyatakan terdapat masyarakat di sebelah Timur memakan sirih.
Sementara di Malaysia, tradisi ini dikatakan mungkin bermula tanpa pengaruh luar. Masyarakat India menyatakan bahawa sirih pada mulanya bukan untuk dimakan, tetapi adalah sebagai bahan persembahan sewaktu sembahyang di kuil-kuil sahaja. Beberapa daun sirih akan dihidangkan bersama-sama sebelah kelapa yang telah dibelah dua berserta dua biji pisang emas sebagai persembahan untuk dewa.
Kini sirih menjadi popular dikalangan masyarakat Melayu, selain dimakan oleh masyarakat marhaen, juga sebagai simbol adat resam dan adat istiadat Melayu yang telah menjadi suatu kepastian di dalam beberapa upacara adat kaum tersebut. Dalam urusan nikah kahwin, perubatan tradisional dan banyak lagi adat adalah sebagai contoh dimana sirih itu digunakan secara beradat sekali.
Sirih junjung dihias cantik sebagai sebahagian barang hantaran pengantin dan juga sirih penyeri kepada pengantin perempuan. Selain itu di dalam upacara rasmi kebesaran istana dan kerajaan juga, sirih junjung memainkan peranan penting, dimana ianya menjadi penyeri majlis dan mengepalai sesuatu perarakan yang diadakan.
PROGRAM LARIAN BATON SUKMA XIII MELAKA 2010 PERINGKAT DUN SERKAM
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 10:39 AMPada 24 April 2010 yang lalu, Baton Sukan Malaysia (SUKMA) XIII Melaka 2010 telah diserahkan oleh YB. ADUN Kawasan Merlimau kepada YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam untuk dibawa lari ke seluruh pelusuk DUN Serkam pada 25 April 2010. Pada sebelah petang 24 April 2010, Baton tersebut telah diarak dan dibawa lari ke kawasan-kawasan yang tidak dilalui semasa hari larian iaitu pada 25 April 2010. Antara kawasan yang dilalui ialah Taman Datuk Haji Abdul Aziz. Program ini telah mendapat kerjasama dari Jawatankuasa KRT TDHAA. Larian Baton ini bermula di jalan masuk utama TDHAA dan melalui setiap jalan-jalan di taman ini dan berakhir di Perkarangan Laman Perpaduan KRT TDHAA sebelum perjalanan baton diteruskan ke lokasi seterusnya. Program Larian Baton di TDHAA ini telah disertai kira-kira hampir 100 orang merangkumi semua kaum di TDHAA ini. Larian yang diketuai oleh YB. Datuk Haji Ghazale sendiri telah diserahkan kepada Jawatankuasa KRT TDHAA secara bergilir-gilir semasa larian di TDHAA. Kehadiran "Tuah" iaitu maskot SUKMA XIII Melaka 2010 semasa program ini telah menceriakan keadaan dan menarik perhatian sama ada kanak-kanak mahupun golongan dewasa. YB. Datuk Haji Ghazale Muhammad, ADUN Kawasan Serkam mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh Jawatankuasa KRT TDHAA semasa Larian Baton ini.
MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KE-31
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 3:23 PM Pengerusi & Jawatankuasa
KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz
KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz
mengucapkan
SELAMAT DATANG
KE
BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
kepada semua peserta & pegawai
sempena
MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN
PERINGKAT KEBANGSAAN
KE-31
"MEMANTAP UKHWAH, MEMPERKASA UMMAH"
KURSUS PENDEDAHAN UNIT MEDIA BARU @ PAHLAWAN MEDIA MELAKA
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 10:25 AM



Pada 18 April 2010 bertempat di Pusat Komuniti Kampung Umbai Pantai, telah diadakan Kursus Pendedahan Unit Media Baru atau lebih dikenali sebagai " Pahlawan Media Melaka". Program yang dianjurkan oleh Penyelaras Pemuda dan Puteri UMNO DUN Serkam ini adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada golongan muda hari ini tentang kepentingan alat perhubungan maya yang boleh menjadi senjata perjuang dan secara tidak langsung meningkatkan kadar celik IT. Antara yang diajar ialah penggunaan Facebook, Blog, Twitter dan lain-lain lagi. Perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam. KRT TDHAA melalui Jiran Muda telah menghantar seramai 5 orang untuk menyertai kursus ini.
Nota : Gambar agak kelam kerana Setiausaha KRT TDHAA menggunakan Kamere Telefon untuk mengambilnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)















