PROGRAM LARIAN BATON SUKMA XIII MELAKA 2010 PERINGKAT DUN SERKAM





Pada 24 April 2010 yang lalu, Baton Sukan Malaysia (SUKMA) XIII Melaka 2010 telah diserahkan oleh YB. ADUN Kawasan Merlimau kepada YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam untuk dibawa lari ke seluruh pelusuk DUN Serkam pada 25 April 2010. Pada sebelah petang 24 April 2010, Baton tersebut telah diarak dan dibawa lari ke kawasan-kawasan yang tidak dilalui semasa hari larian iaitu pada 25 April 2010. Antara kawasan yang dilalui ialah Taman Datuk Haji Abdul Aziz. Program ini telah mendapat kerjasama dari Jawatankuasa KRT TDHAA. Larian Baton ini bermula di jalan masuk utama TDHAA dan melalui setiap jalan-jalan di taman ini dan berakhir di Perkarangan Laman Perpaduan KRT TDHAA sebelum perjalanan baton diteruskan ke lokasi seterusnya. Program Larian Baton di TDHAA ini telah disertai kira-kira hampir 100 orang merangkumi semua kaum di TDHAA ini. Larian yang diketuai oleh YB. Datuk Haji Ghazale sendiri telah diserahkan kepada Jawatankuasa KRT TDHAA secara bergilir-gilir semasa larian di TDHAA. Kehadiran "Tuah" iaitu maskot SUKMA XIII Melaka 2010 semasa program ini telah menceriakan keadaan dan menarik perhatian sama ada kanak-kanak mahupun golongan dewasa. YB. Datuk Haji Ghazale Muhammad, ADUN Kawasan Serkam mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh Jawatankuasa KRT TDHAA semasa Larian Baton ini.

0 Comments:

Post a Comment