Pada 4 & 5 Mac 2010 yang lalu, KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz telah dikunjungi seramai 40 orang peserta Program Lawatan Integrasi dari KRT Cacar Baru, Paka, Dungun, Terengganu dan 8 orang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang datang untuk membuat kajian mengenai hubungan etnik yang ada di Taman Datuk Haji Abdul Aziz.

Para peserta Program Lawatan Integrasi telah selamat tiba di tempat penginapan iaitu di Asrama KEMAS Parlimen Jasin tepat pada jam 5.00 petang 4 Mac 2010 dan disambut oleh sebahagian Ahli Jawatankuasa KRT TDHAA yang diketuai oleh Setiausaha KRT TDHAA. Setelah diberikan taklimat mengenai program yang telah diatur, para peserta dibawa ke asrama penginapan untuk berehat. Makan malam peserta telah dihidangkan pada jam 6.30 petangan menu masakan Melaka. Kami merancang dan Allah SWT yang menentukan segalanya. Kehadiran semua peserta program ini telah diuji dengan ketiadaan bekalan air pada 4 Mac 2010 yang lalu. Walau bagaimanapun ianya tidak mematahkan semangat semua peserta untuk meneruskan agenda yang telah dirancang.

Tepat jam 8.00 malam, para peserta telah dibawa ke Bandar Hilir untuk menikmati panorama Bandaraya Melaka pada waktu malam. Para peserta telah dibawa menaiki Menara Taming Sari dan menikmati panorama waktu malam sekitar Bandar Hilir pada ketinggian 110 meter. Setelah itu, semua peserta telah dibawa untuk menyusuri Sungai Melaka dengan menggunakan Melaka River Cruise yang bermula di Taman Rempah. Para peserta nyata gembira dapat menikmati keindahan Melaka pada waktu malam dengan 2 produk pelancongan yang ada di Bandaraya Melaka pada masa kini.

Program pada hari ke-2, 5 Mac 2010 bermula pada jam 8.00 pagi dengan semua peserta dan pelajar-pelajar UTEM telah bersarapan pagi bersama-sama dengan semua AJK KRT TDHAA. Kemesraan dan keakraban antara kedua-dua AJK KRT dapat dilihat sepanjang program sarapan pagi ini walaupun semua tetamu hanya dihidangkan dengan menu “Lontong, 2 jenis kuih dan air Teh O”. Setelah bersarapan, para peserta telah dibawa melawat ke Tadika Perpaduan TDHAA. Tepat jam 9.15 pagi sesi Taklimat dan Dialog mengambil tempat di Bilik Gerakan KRT TDHAA. Pengerusi KRT TDHAA telah menyampaikan taklimat mengenai perjalanan dan program-program yang telah dijalankan oleh KRT TDHAA sepanjang 2009. Majlis taklimat dan dialog ini juga melibatkan Puan Nor Hafizah Bte Che’ Iberahim, Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Encik Khairul Nizam Bin Alias, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Encik Kamaruddin Bin Puteh, Pengerusi KRT Cacar Baru, Paka, Dungun, Terengganu dan wakil dari Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

Setelah selesai sesi taklimat dan dialog, semua peserta dan pelajar UTEM telah dibawa melawat ke beberapa perusahaan yang terdapat di sekitar KRT TDHAA antaranya Perusahaan Membuat Tempe, Perusahaan Membuat Dodol, Perusahaan Membuat Kompang dan Melawat ke Kompleks Keti Nelayan Pantai Siring yang baru dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 4 Februari 2010 yang lalu semasa Lawatan Kerja Sehari YAB Perdana Menteri Malaysia Ke Melaka. Lawatan ini telah diketuai oleh Penolong Setiausaha KRT TDHAA, Encik Sahar Jiman.

Semua peserta telah dibawa ke Masjid Ar- Rahman, Kampung Pulai untuk bersembahyang jumaat bersama-sama YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhamad, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam.

Selepas solat jumaat, semua peserta telah berkumpul di Laman Perpaduan, KRT TDHAA untuk Majlis Jamuan Makan Tengahari Bersama YB. ADUN Serkam dan Penutup Program Lawatan Integrasi. YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhamad, ADUN Kawasan Serkam telah meluangkan masa meraikan semua peserta dan menutup Program Lawatan Integrasi ini. Turut hadir Encik Khalil Bin Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka, Puan Nor Hafizah Bte Che’ Iberahim, Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Encik Khairul Nizam Bin Alias, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Tuan Haji Seman Bin Deros, Pengerusi JKKK Kampung Pulai, Encik Kamaruddin Puteh, Pengerusi KRT Cacar Baru dan Encik Husin Bin Nasir, Pengerusi KRT TDHAA.

Setelah penyampaian cenderamata kepada semua tetamu jemputan oleh kedua-dua Pengerusi KRT, semua peserta Program Lawatan Integrasi mengambil kesempatan bergambar bersama-sama dengan YB. Datuk sebelum YB. Datuk meninggalkan majlis. Semua peserta dan AJK KRT TDHAA juga mengambil kesempatan bergambar bersama-sama Encik Khalil Bin Haji Ahmad, Pengarah JPNIN Negeri Melaka di akhir majlis. Sebelum bertolak pulang, semua peserta telah bergerak untuk melawat ke MITC.

Selaku Setiausaha KRT TDHAA, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf bagi pihak Pengerusi dan semua AJK KRT TDHAA diatas kekurangan, ketidakselesaan atau kelemahan pihak kami sepanjang meraikan kedatangan semua peserta Program Lawatan Integrasi KRT Cacar Baru, Paka, Dungun, Terengganu dan Pelajar UTEM ke KRT TDHAA. Harap Tuan/Puan semua tidak serik untuk berkunjung ke KRT TDHAA lagi.


Semua peserta dan AJK KRT TDHAA bergambar kenangan bersama Pengarah JPNIN Negeri Melaka, Encik Khalil Bin Haji Ahmad. (Duduk pertama dari kiri)

Semua peserta Program Lawatan Integrasi dari KRT Cacar Baru, Paka, Dungun, Terengganu bergambar kenangan bersama YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam. (Duduk tiga dari kiri)


Encik Husin Nasir, Pengerusi KRT TDHAA menyerahkan "buah tangan" kepada Pengerusi KRT Cacar Baru, Encik Kamaruddin Bin Puteh

Pengerusi KRT Cacar Baru menyampaikan cenderamata kenangan-kenangan Program Lawatan Integrasi kepada Pengerusi KRT TDHAA

Pengerusi KRT Cacar Baru menyampaikan cenderamata kepada Pegawai Perpaduan Daerah Jasin

Cenderamata kenangan kepada Pengarah JPNIN Negeri Melaka

Cenderamata kenang-kenangan kepada YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad daripada KRT Cacar Baru.

Pengerusi KRT TDHAA menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Jiran Wanita KRT Cacar Baru.

Sebagai tanda persahabatan, cenderamata dari KRT TDHAA kepada KRT Cacar Baru

Tanda kenang-kenangan kepada Pengarah JPNIN Negeri Melaka

Tanda ucapan terima kasih dan kenangan-kenangan kepada YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam

Ucapan perasmian YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam

Ucapan Pengarah JPNIN Negeri Melaka

Ucapan Encik Kamaruddin Bin Puteh, Pengerusi KRT Cacar Baru

Ucapan aluan Pengerusi KRT TDHAA, Encik Husin Bin Nasir

Dari kiri Pengerusi KRT TDHAA, YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, Pengarah JPNIN Negeri Melaka dan Pengerusi KRT Cacar Baru sedang mengaminkan doa

Para peserta dan tetamu jemputan sedang menikmati jamuan yang disediakan

Hidangan Asam Pedas Melaka menjadi hidangan utama kepada peserta Program Lawatan Integrasi

Peserta danAJK KRT TDHAA bersama keluarga dibawa menaiki Melaka River Cruise untuk menyusuri Sungai Melaka

Peserta menuju untuk menaiki Menara Taming Sari

0 Comments:

Post a Comment