HADIAH MESRA RAKYAT : TERIMA KASIH DATO' SERI!!!
Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 9:33 PMTAHNIAH diucapkan kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada berjaya menerajui Malaysia dengan cemerlang meskipun baru 100 hari memerintah negara. Kami amat-amat terkejut dan bersyukur, kerana pada hari ke-100 pemerintahan beliau, YAB Dato' Seri telah mengumumkan 11 ‘hadiah mesra rakyat’. Sehingga hari ini, pentadbiran beliau menunjukkan perubahan yang positif kepada seluruh rakyat Malaysia. Sikap tolenransi dan mesra rakyat yang beliau pamerkan cukup menyenangkan hati rakyat. Di tambah pula dengan konsep 1Malaysia yang di sambut baik oleh setiap rakyat Malaysia.HADIAH MESRA RAKYAT
1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.
2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.
3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.
4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.
5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.
6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.
7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.
8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.
9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.
10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.
11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Semoga Malaysia akan terus maju, makmur dan aman di bawah pemerintahan YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik YAB Dato' Seri rasa nak junjung
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi YAB Dato' Seri saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)