SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 9:32 AMLAMAN FACEBOOK KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 8:56 PMUCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SETIAUSAHA KRT TDHAA
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 3:20 PMAssalammualaikum W.R.T, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.
" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "
~Maaf Zahir Dan Batin~
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 9:44 AMPengerusi & Jawatankuasa
KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz
Merlimau, Melaka
mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz
Merlimau, Melaka
mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERPADUAN 2011
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 8:05 AMPada 21 Ogos 2011 yang lalu, bertempat di Laman Perpaduan KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz, telah diadakan Program Memasak Bubur Lambuk Perpaduan 2011. Program yang menjadi acara tahunan KRT TDHAA ini telah dimulakan pada jam 9.00 pagi. Acara memasak bubur lambuk ini secara bergotong royong ini mendapat kerjasama daripada seluruh jentera Jiran Wanita dan Jiran Usia Emas. Manakala Jiran Muda bertindak sebagai pengagih bubur lambuk ini.
Seperti kebiasaan, pihak KRT TDHAA hanya memasak sebanyak 2 periuk besar dalam kapasiti 20 kilogram beras. Jumlah ini dapat menampung seramai hampir 1500 orang penduduk di Taman Datuk Haji Abdul Aziz ini atau 357 buah rumah di taman ini.
Pengagihan bubur lambuk ini telah diadakan bermula jam 4 petang yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna Negeri Melaka merangkap ADUN Kawasan Serkam. Turut hadir Encik Mustafa Haron, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Encik Zaidi Bin Attan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin.
Pengerusi KRT TDHAA, Encik Norhan Samah berharap Program Memasak Bubur Lambuk ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Beliau juga berkata pada tahun hadapan, selain memasak bubur lambuk, akan diadakan juga Program Mengacau Dodol Perpaduan. Diharapkan apa yang dirancang akan mendapat keberkatan dan menjadi kenyataan.

Kaum Wanita menyediakan persiapan dan memantau kerja-kerja memasak manakala kaum lelaki membantu mengacau bubur.
Encik Zaidi Bin Attan, Ketua Pemuda Bahagian Jasin turut membantu membungkus bubur sebelum diagihkan kepada para penduduk.
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERPADUAN
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 12:03 PM
ADALAH DIMAKLUMKAN AKTIVITI / PROGRAM AKAN DATANG KRT TDHAA
Alhamdulillah.....Syukur ke hadrat ilahi kerana setelah lama berusaha dan menunggu, akhirnya permohonan penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT TDHAA menjadi kenyataan. KP JPNIN telah meluluskan penubuhan SRS KRT TDHAA pada 19 April 2011 yang lalu. SRS KRT TDHAA juga telah mendapat alatan rondaan yang diperuntukkan oleh pihak Jabatan kepada kami. Disebabkan pada ketika ini umat Islam sedang berpuasa dan dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan, SRS KRT TDHAA akan mula digerakan mulai pertengahan bulan September. Walau bagaimanapun, rondaan ini akan cuba digerakkan secepat mungkin disebabkan terdapat permintaan daripada penduduk-penduduk di Taman Datuk Haji Abdul Aziz untuk turut serta dalam SRS ini.
Seluruh Jawatankuasa KRT TDHAA ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada KP JPNIN, TKP JPNIN, Ibu Pejabat JPNIN Putrajaya, YB Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, Exco Perpaduan Negeri Melaka merangkap ADUN Kawasan Serkam, Pengarah JPNIN Negeri Melaka, Pegawai JPNIN Negeri Melaka, Pegawai & Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Ketua Balai Polis Merlimau serta semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak sehingga tertubuhnya SRS KRT TDHAA.
SALAM PERKENALAN & SALAM PERPISAHAN
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 7:11 PMSALAM PERKENALAN
PENGERUSI KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ
PENGERUSI KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ
__________________________________________________
SALAM PERPISAHAN
MANTAN PENGERUSI KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ
MANTAN PENGERUSI KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ
Subscribe to:
Posts (Atom)