Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Jawatankuasa Madrasah Taman Datuk Haji Abdul Aziz akan mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H Peringkat Taman Datuk Haji Abdul Aziz pada 17 Disember 2009 iaitu hari Khamis bermula jam 6.30 Petang bertempat di Madrasah Taman Datuk Haji Abdul Aziz.Antara pengisian yang telah diatur ialah Bacaan Doa Akhir Tahun 1430H, Bacaan Doa Awal Tahun 1431H, Solat Maghrib dan Isyak Berjemaah, Bacaan Yassin dan Tahlil, Ceramah Agama Perdana dan Penyampaian Sumbangan Maal Hijrah kepada individu-individu yang telah banyak memberikan sumbangan/bakti kepada perkembangan agama Islam dan masyarakat Islam di Taman Datuk Haji Abdul Aziz.
Semua penduduk adalah dijemput hadir ke majlis ini.
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431H
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 12:42 PMkepada
Y.A.B DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
SEMPENA SEDEKAD SEBAGAI
KETUA MENTERI MELAKA
1999-2009
ikhlas dari
Pengerusi dan Jawatankuasa KRT serta Semua Penduduk
Taman Datuk Haji Abdul Aziz,
Kampung Pulai
Merlimau, Melaka
JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 11:35 AMMajlis yang bermula pada jam 8.30 malam itu telah dihadiri hampir 800 ratus orang tetamu. Majlis Jamuan Rakyat Perpaduan 1 Malaysia ini diadakan adalah bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga Deepavali yang disambut oleh Masyarakat Melayu dan India di seluruh negara khususnya penduduk-penduduk di Taman Datuk Haji Abdul Aziz.
Majlis ini juga antara lain bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara semua penduduk yang berbilang kaum di taman ini. Majlis ini juga adalah untuk melahirkan semangat 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia ke arah perpaduan kaum yang jitu, hidup bermasyarakat yang penuh dengan semangat kejiranan aman dan damai.
Majlis Jamuan Rakyat Perpaduan 1 Malaysia ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah, Ahli Parlimen Jasin. Turut hadir YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam, Encik Zakaria Bin Abu Bakar, Penghulu DUN Serkam, Encik S. Sinnayah, Timbalan Ketua MIC Bahagian Jasin dan Encik Yusof Bin Cheman, Ketua UMNO Cawangan Pulai Darat.
Bersempena majlis ini, KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz telah meraikan YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam yang telah dianugerahkan Pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran "DATUK" oleh T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri Melaka baru-baru ini. KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz juga meraikan YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam dan isteri Datin Hajah Rubiah Bte Edris yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 15 November 2009 bagi menunaikan fardu haji.
Selain menikmati hidangan yang disediakan, KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper kepada 10 orang warga emas yang berada di Taman Datuk Haji Abdul Aziz ini. Pada akhir majlis, para tetamu telah dipersembahkan dengan pertunjukkan bunga api selama 10 minit. Majlis berakhir kira-kira jam 11.30 malam.
Encik Husin Nasir, Pengerusi KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz menyampaikan cenderamata kepada YB. Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah, Ahli Parlimen Jasin sambil diperhatikan oleh Encik P. Inakownder.
Nota : Tarikh pada gambar bukanlah tarikh sebenar. Ia adalah kesilapan "setting" pada kamera Setiausaha KRT.
KUNJUNGAN MUHIBBAH DEEPAVALI 2009
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 11:37 AMPada 18 Oktober 2009 yang lalu, Jawatankuasa KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz telah mengadakan Kunjungan Muhibbah Deepavali 2009 ke atas Timbalan Pengerusi KRT yang juga Pengerusi MIC Taman Datuk Haji Abdul Aziz Encik P. Inakownder di rumahnya baru-baru ini.
Kunjungan ini bersempena meraikan Hari Deepavali yang disambut masyarakat India di negara ini pada 17 Oktober 2009 yang lalu. Program ini bertujuan merapatkan hubungan dan perpaduan antara semua penduduk yang berbilang kaum yang ada di Taman Datuk Haji Abdul Aziz ini.
Ianya juga sebagai menghormati dan merayakan Hari Deepavali yang disambut oleh penganut India yang meraikan dalam suasana aman damai dan penuh perpaduan dan secara tidak langsung dapat merealisasikan konsep "1 Malaysia" yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Saya sebagai Setiausaha KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz berharap dengan adanya program seumpama ini, penduduk dapat hidup aman damai dan harmoni serta mengekalkan semangat perpaduan sedia ada tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik. Saya juga berharap agar program ini dapat dujadikan acara tahunan KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz.
Pengerusi dan Jawatankuasa KRT serta semua penduduk Taman Datuk Haji Abdul Aziz mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2009 kepada semua masyarakat India yang ada di Taman Datuk Haji Abdul Aziz.
1 Malaysia : Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan
Pengerusi dan Jawatankuasa Rukun Tetangga serta Semua Penduduk Taman Datuk Haji Abdul Aziz merakamkan setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada YB Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam Merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka di atas penganugerahan pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran DATUK sempena Hari Jadi Ke-71, T.Y.T. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Haji Mohd Khalil Yaakub pada 10 Oktober 2009.
Darjah Mulia Seri Melaka
Kami semua akan terus berdiri teguh dibelakang YB Datuk untuk sama-sama mewujudkan perpaduan kaum di Taman Datuk Haji Abdul Aziz ini bagi menzahirkan hasrat 1 Malaysia.
Tahniah YB Datuk!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





