PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERPADUAN
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 12:03 PM
ADALAH DIMAKLUMKAN AKTIVITI / PROGRAM AKAN DATANG KRT TDHAA

Alhamdulillah.....Syukur ke hadrat ilahi kerana setelah lama berusaha dan menunggu, akhirnya permohonan penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT TDHAA menjadi kenyataan. KP JPNIN telah meluluskan penubuhan SRS KRT TDHAA pada 19 April 2011 yang lalu. SRS KRT TDHAA juga telah mendapat alatan rondaan yang diperuntukkan oleh pihak Jabatan kepada kami. Disebabkan pada ketika ini umat Islam sedang berpuasa dan dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan, SRS KRT TDHAA akan mula digerakan mulai pertengahan bulan September. Walau bagaimanapun, rondaan ini akan cuba digerakkan secepat mungkin disebabkan terdapat permintaan daripada penduduk-penduduk di Taman Datuk Haji Abdul Aziz untuk turut serta dalam SRS ini.
Seluruh Jawatankuasa KRT TDHAA ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada KP JPNIN, TKP JPNIN, Ibu Pejabat JPNIN Putrajaya, YB Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, Exco Perpaduan Negeri Melaka merangkap ADUN Kawasan Serkam, Pengarah JPNIN Negeri Melaka, Pegawai JPNIN Negeri Melaka, Pegawai & Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Ketua Balai Polis Merlimau serta semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak sehingga tertubuhnya SRS KRT TDHAA.
SALAM PERKENALAN & SALAM PERPISAHAN
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 7:11 PMSALAM PERKENALAN
PENGERUSI KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ
PENGERUSI KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ
__________________________________________________
SALAM PERPISAHAN
MANTAN PENGERUSI KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ
MANTAN PENGERUSI KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ
MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 10:34 AM

Pada 24 September 2010 yang lalu, KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz telah mengadakan MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA bertempat di Laman Perpaduan KRT TDHAA. Majlis yang bermula pada jam 9 mlm ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam.
Majlis ini diadakan bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Malaysia yang disambut oleh rakyat Malaysia baru-baru ini. Majlis ini bertujuan meraikan kedua-dua sambutan ini secara bersama antara semua penduduk di TDHAA tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Selain itu, majlis ini bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara semua penduduk melalui majlis-majlis seperti ini.
Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan majlis ini. Turut hadir ke majlis ini ialah Y.B. Senator Datuk Akbar Bin Ali, Ahli Dewan Negara, Encik Muhammad Sulaiman Bin Markumi, Pemangku Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Encik Zakaria Bin Abu Bakar, Penghulu DUN Serkam, Encik Lazan Bin Ali, Pengerusi KRT Taman Pahlawan merangkap Penghulu DUN Merlimau, Encik Ramlan Bin Ali, Setiausaha Japerun DUN Serkam, Pengerusi-Pengerusi KRT dalam DUN Serkam serta pemimpin-pemimpin masyarakat.
Kemuncak majlis ini adalah persembahan bunga api selama hampir 15 minit. Rata-rata penduduk di TDHAA yang ditemui selepas majlis ini berpuas hati dengan majlis yang dianjurkan oleh KRT TDHAA dan berharap ianya dapat diadakan setiap tahun di TDHAA.
MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 10:26 AMKRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz, Kampung Pulai, Merlimau, Melaka akan mengadakan MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 & Sambutan Hari Malaysia Peringkat Taman Datuk Haji Abdul Aziz seperti ketentuan berikut :-
Tarikh : 24-9-2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Laman Perpaduan KRT TDHAA
Tetamu Kehormat : Y.B. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam.
Majlis ini diadakan bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang baru disambut orang umat Islam di seluruh negara dan juga bersempena Sambutan Hari Malaysia yang bari disambut pada 16 September 2010 yang lalu.
Sehubungan dengan itu, semua adalah dijemput hadir. Kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis ini.
MAAF DIATAS KELEWATAN MENGEMASKINI BLOG KRT TDHAA
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 8:37 AMJawatankuasa KRT TDHAA memohon jutaan kemaafan diatas kelewatan mengemaskini laman blog kami ini disebabkan kekangan masa. Kami berjanji akan sentiasa mengemaskini laman blog ini bagi memudahkan maklumat disalurkan kepada semua pihak. Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)




