PENUBUHAN SRS KRT TDHAA

Alhamdulillah.....Syukur ke hadrat ilahi kerana setelah lama berusaha dan menunggu, akhirnya permohonan penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT TDHAA menjadi kenyataan. KP JPNIN telah meluluskan penubuhan SRS KRT TDHAA pada 19 April 2011 yang lalu. SRS KRT TDHAA juga telah mendapat alatan rondaan yang diperuntukkan oleh pihak Jabatan kepada kami. Disebabkan pada ketika ini umat Islam sedang berpuasa dan dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan, SRS KRT TDHAA akan mula digerakan mulai pertengahan bulan September. Walau bagaimanapun, rondaan ini akan cuba digerakkan secepat mungkin disebabkan terdapat permintaan daripada penduduk-penduduk di Taman Datuk Haji Abdul Aziz untuk turut serta dalam SRS ini.


Seluruh Jawatankuasa KRT TDHAA ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada KP JPNIN, TKP JPNIN, Ibu Pejabat JPNIN Putrajaya, YB Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, Exco Perpaduan Negeri Melaka merangkap ADUN Kawasan Serkam, Pengarah JPNIN Negeri Melaka, Pegawai JPNIN Negeri Melaka, Pegawai & Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Ketua Balai Polis Merlimau serta semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak sehingga tertubuhnya SRS KRT TDHAA.


Pengerusi KRT TDHAA sedang memeriksa alatan rondaan SRS yang baru diterima daripada PPD Jasin.



Encik Norhan Samah, Pengerusi KRT TDHAA sedang bergambar bersama alatan rondaan SRS.

Sebahagian alatan rondaan SRS KRT TDHAA yang baru diterima daripada Pejabat Perpaduan Daerah Jasin.

Sijil Akuan Penubuhan SRS KRT TDHAA.

LOGO BARU KRT TDHAA

Dengan ini diperkenalkan Logo Baru KRT TDHAA untuk pengetahuan semua. Logo baru ini akan digunakan mulai 8 Ogos 2011 bagi memudahkan urusan dengan semua pihak. Logo baru ini akan merupakan identiti kpd KRT TDHAA.




SALAM PERKENALAN & SALAM PERPISAHAN

SALAM PERKENALAN
PENGERUSI KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ

ENCIK NORHAN BIN SAMAH

__________________________________________________

SALAM PERPISAHAN
MANTAN PENGERUSI KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ

ENCIK HUSIN BIN NASIR

MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA















Pada 24 September 2010 yang lalu, KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz telah mengadakan MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA bertempat di Laman Perpaduan KRT TDHAA. Majlis yang bermula pada jam 9 mlm ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam.

Majlis ini diadakan bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Malaysia yang disambut oleh rakyat Malaysia baru-baru ini. Majlis ini bertujuan meraikan kedua-dua sambutan ini secara bersama antara semua penduduk di TDHAA tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Selain itu, majlis ini bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara semua penduduk melalui majlis-majlis seperti ini.

Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan majlis ini. Turut hadir ke majlis ini ialah Y.B. Senator Datuk Akbar Bin Ali, Ahli Dewan Negara, Encik Muhammad Sulaiman Bin Markumi, Pemangku Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Encik Zakaria Bin Abu Bakar, Penghulu DUN Serkam, Encik Lazan Bin Ali, Pengerusi KRT Taman Pahlawan merangkap Penghulu DUN Merlimau, Encik Ramlan Bin Ali, Setiausaha Japerun DUN Serkam, Pengerusi-Pengerusi KRT dalam DUN Serkam serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Kemuncak majlis ini adalah persembahan bunga api selama hampir 15 minit. Rata-rata penduduk di TDHAA yang ditemui selepas majlis ini berpuas hati dengan majlis yang dianjurkan oleh KRT TDHAA dan berharap ianya dapat diadakan setiap tahun di TDHAA.

MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA


KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz, Kampung Pulai, Merlimau, Melaka akan mengadakan MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 & Sambutan Hari Malaysia Peringkat Taman Datuk Haji Abdul Aziz seperti ketentuan berikut :-

Tarikh : 24-9-2010 (Jumaat)

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Laman Perpaduan KRT TDHAA

Tetamu Kehormat : Y.B. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam.

Majlis ini diadakan bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang baru disambut orang umat Islam di seluruh negara dan juga bersempena Sambutan Hari Malaysia yang bari disambut pada 16 September 2010 yang lalu.

Sehubungan dengan itu, semua adalah dijemput hadir. Kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis ini.

MAAF DIATAS KELEWATAN MENGEMASKINI BLOG KRT TDHAA

Jawatankuasa KRT TDHAA memohon jutaan kemaafan diatas kelewatan mengemaskini laman blog kami ini disebabkan kekangan masa. Kami berjanji akan sentiasa mengemaskini laman blog ini bagi memudahkan maklumat disalurkan kepada semua pihak. Terima kasih.

SELURUH WARGA
KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ

Mengucapkan

TAHNIAH

Kepada semua Penerima Anugerah Kalung Perpaduan & Pemenang Pelbagai Kategori

sempena


MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN
PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

yang telah disempurnakan oleh


Y.A.B. TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri


pada 21 Mei 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan B, Melaka International Trade Centre (MITC) Melaka.










SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2010


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 pada 21 - 23 Mei 2010 (Jumaat-Ahad) bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Majlis Pelancaran SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 akan disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri pada 21 Mei 2010 (Jumaat), jam 8.30 Malam di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka. Acara kemuncak bagi sambutan ini akan menyaksikan penyampaian hadiah dan anugerah bagi pelbagai kategori.Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik bagi memeriahkan lagi sambutan ini di MITC akan diadakan untuk semua pengunjung. Semua Warga RT 1 Malaysia adalah dijemput hadir. Sila klik di sini