HAPPY BIRTHDAY JPNIN!!




Seluruh Warga KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz, Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Ke-40 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Semoga semua pihak dapat berkerjasama dalam mempelbagaikan aktiviti yang berfaedah untuk masyarakat dan merealisasikan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

NISFU SYAABAN

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah.

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

SELAMAT HARI PAHLAWAN


"PAHLAWAN"

...aku mahu menjadi seperti Abu Bakar,
menjalin agung sebuah persahabatan,
setia berkorban demi kebenaran

...
...aku mahu menjadi seperti Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diammnya mereka

...
...aku mahu menjadi seteguh Ibnu Zubair,
yang setia menahan panahan hajjaz,
bersama si ibu tua,
lantas mati dalam dakapan sejarah

...
...dan juga menjadi seteguh pemuda Ghiffani,
menentang kezaliman walaupun diancam

...
...aku ingin menyulam kerendahan hati Yusuf,
yang memaafkan saudaranya,
walaupun bertemankan perigi tua

...
...semoga semangat & kekentalan hati mereka,
menjadi azimat paling bernilai,
selamat menyambut Hari Pahlawan...

Adalah dimaklumkan kepada semua bahawa Jawatankuasa KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz dan Jawatankuasa Madrasah Taman Datuk Haji Abdul Aziz akan mengadakan MAJLIS KENDURI SYAABAN & PENYAMPAIAN BANTUAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1430H/2009 TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ kepada Fakir Miskin, Ibu Tunggal, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya yang ada di Taman Datuk Haji Abdul Aziz seperti makluman berikut:-

Tarikh : 16 Ogos 2009 (Ahad)

Masa : 12.30 Tengahari

Tempat : Madrasah Taman Datuk Haji Abdul Aziz, Kampung Pulai

Tetamu Kehormat : YB Tuan Haji Ghazale Bin Muhammad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka.

Majlis ini diadakan bersempena menyambut kedatangan Bulan Ramadhan 1430H/2009M yang akan disambut tidak lama lagi. Majlis ini juga bagi meraikan dan membantu meringankan beban Fakir Miskin, Ibu Tunggal, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya yang ada di Taman Datuk Haji Abdul Aziz bagi menyambut kedatangan Bulan Ramadhan AL-Mubarak dan berharap mereka akan dapat menjalankan ibadat puasa sama seperti insan-insan lain.

PENINGKATAN KETARA SKUAD KEBANGSAAN

KUALA LUMPUR - Sir Alex Ferguson sekali lagi menghamburkan pujian buat skuad kebangsaan sambil mengakui Manchester United terpaksa bergelut sebelum menang 2-0 dalam perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Menurutnya, para pemain kebangsaan mempamer peningkatan berbeza berbanding skuad 2001, di mana mereka menang besar 6-0.

Malahan Ferguson lebih banyak memuji persembahan pemain negara semalam berbanding ketika pasukannya hampir dikejutkan sebelum menang 3-2 pada perlawanan pertama Sabtu lalu.

"Saya terkejut melihat mereka telah banyak berubah pada perlawanan hari ini (semalam) dan juga Sabtu lalu.

''Ia sama sekali berbeza berbanding sembilan tahun lalu. Skuad kali ini bertenaga, mereka begitu ghairah untuk mengejar bola dan membuatkan kami terpaksa bergelut," katanya dalam sidang media semalam.

Jelasnya, pemain yang diturunkan oleh K. Rajagobal semalam lebih bertenaga dan memiliki kelajuan luar biasa sehingga memberi mampu ancaman kepada pasukannya.

"Mereka memiliki kelajuan cuma penyudahnya rata-rata pemain anda perlu memperbaikinya.
"Bagaimanapun segala pergerakan dan keputusan yang dilakukan mereka di atas padang boleh dibanggakan," katanya pengendali berbangsa Scotland itu.

Ferguson juga amat berpuas hati dengan pemain muda yang diturunkan seperti Fabio dan Federico Macheda, di mana mereka mampu memberi persembahan terbaik.

Dalam pada itu, Rajagobal berkata, penyudah tumpul dan pertahanan goyah merupakan punca hasrat skuad kebangsaan lebur untuk mengulangi persembahan cemerlang seperti Sabtu lalu.

Kata beliau, ketiadaan penyudah yang berkesan di jentera serangan tidak sepatutnya berlaku jika mahu memberi tentangan ke atas pasukan handal seperti United.

"Kita perlukan penyudah yang baik apabila berdepan pasukan kuat seperti United.

"Namun ia gagal dijelmakan. Kita ada sekurang-kurangnya dua peluang gol di babak pertama namun ia gagal disempurnakan. Pertahanan kanan dan kiri juga tidak berfungsi dengan baik hari ini.

"Inilah punca kita terpaksa melepaskan gol di awal permainan," katanya.

Tambah Rajagobal, skuad bimbingan Ferguson juga menurunkan skuad berbeza di babak pertama berbanding pertama pertama.

"Aksi mereka lebih bertenaga dengan percaturan skuad berbeza yang diturunkan pada malam ini.

"Ternyata mereka lebih bersedia untuk perlawanan ulangan ini.

"Untuk mengimbangi perlawanan, saya membuat pertukaran di babak kedua dengan memasukkan pemain muda.

"Dan saya berpuas hati dengan aksi di babak kedua kerana kita banyak melalukan asakan walaupun gagal memperoleh jaringan," katanya.
(Sumber : Utusan Malaysia Online)

NIZAR WAJIB BERTAUBAT

Mulut sebut ayat al-Quran. Perbuatan macam . . . . (?)


Petikan dari blog: Kingdom of Heaven dan Aspirasi Bangsa

Dahulu Mufti Perak sudah mengatakan hampir 100,000 orang melayu murtad. Kini apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar.
Orang Melayu pakatan sudah murtad kepada agama Kristian. Dan agenda pendakyah Kristian sudah hampir berjaya menghancurkan orang islam di Malaysia.
Ketika Islam Dicabar, Rasullullah s.a.w Di Hina, Bangkitlah Wahai Umat Muhammad Demi Mempertahankan Akidah Dan Kebenaran Yang Diyakini. Kenalilah orang kafir jahanam yang menjadi sahabat PAS...
Hayatilah Surah Al-Baqarah ini, Ayat 6-hingga 13[6]: Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.[7](Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.[8]Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.[9]Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.[10]Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).[11]Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".[12]Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.[13]Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).Allah telah menjelaskan siapakah orang kafir yang sebenarnya...Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka.
Apatah lagi apabila PAS menghina Ayat Allah apabila membenarkan orang kafir membaca potongan Ayat Al-Quran...Nauzubillah.. kini pemimpin mereka pula 'menyerupai tindakan orang kafir'... 'tasyabbaha' membawa lilin yang sudah pasti tidak ada dalam ajaran Islam...
Sahlah PAS semakin sesat.... disesatkan oleh DAP kafir!
(Sumber : selamatkanperak.blogspot.com)

HADIAH MESRA RAKYAT : TERIMA KASIH DATO' SERI!!!

TAHNIAH diucapkan kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada berjaya menerajui Malaysia dengan cemerlang meskipun baru 100 hari memerintah negara. Kami amat-amat terkejut dan bersyukur, kerana pada hari ke-100 pemerintahan beliau, YAB Dato' Seri telah mengumumkan 11 ‘hadiah mesra rakyat’. Sehingga hari ini, pentadbiran beliau menunjukkan perubahan yang positif kepada seluruh rakyat Malaysia. Sikap tolenransi dan mesra rakyat yang beliau pamerkan cukup menyenangkan hati rakyat. Di tambah pula dengan konsep 1Malaysia yang di sambut baik oleh setiap rakyat Malaysia.HADIAH MESRA RAKYAT

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Semoga Malaysia akan terus maju, makmur dan aman di bawah pemerintahan YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik YAB Dato' Seri rasa nak junjung

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi YAB Dato' Seri saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

TAHNIAH DATO' SERI!!!

Pengerusi, Jawatankuasa dan Seluruh Penduduk
Taman Datuk Haji Abdul Aziz
Kampung Pulai
Melaka

Merakamkan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

kepada

Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Sempena

" 100 HARI SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA "
Pada 11 Julai 2009

" Semua Penduduk Taman Datuk Haji Abdul Aziz berharap dan berdoa agar YAB Dato' Seri akan dapat menempuh hari-hari yang akan datang yang pelbagai corak dan ragam dengan penuh sabar dan tabah. "


" 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan "