MAJLIS KENDURI SYAABAN & PENYAMPAIAN BANTUAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1430H/2009M
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 12:03 PMAdalah dimaklumkan kepada semua bahawa Jawatankuasa KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz dan Jawatankuasa Madrasah Taman Datuk Haji Abdul Aziz akan mengadakan MAJLIS KENDURI SYAABAN & PENYAMPAIAN BANTUAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1430H/2009 TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ kepada Fakir Miskin, Ibu Tunggal, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya yang ada di Taman Datuk Haji Abdul Aziz seperti makluman berikut:-
Tarikh : 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 12.30 Tengahari
Tempat : Madrasah Taman Datuk Haji Abdul Aziz, Kampung Pulai
Tetamu Kehormat : YB Tuan Haji Ghazale Bin Muhammad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka.
Majlis ini diadakan bersempena menyambut kedatangan Bulan Ramadhan 1430H/2009M yang akan disambut tidak lama lagi. Majlis ini juga bagi meraikan dan membantu meringankan beban Fakir Miskin, Ibu Tunggal, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya yang ada di Taman Datuk Haji Abdul Aziz bagi menyambut kedatangan Bulan Ramadhan AL-Mubarak dan berharap mereka akan dapat menjalankan ibadat puasa sama seperti insan-insan lain.
Tarikh : 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 12.30 Tengahari
Tempat : Madrasah Taman Datuk Haji Abdul Aziz, Kampung Pulai
Tetamu Kehormat : YB Tuan Haji Ghazale Bin Muhammad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka.
Majlis ini diadakan bersempena menyambut kedatangan Bulan Ramadhan 1430H/2009M yang akan disambut tidak lama lagi. Majlis ini juga bagi meraikan dan membantu meringankan beban Fakir Miskin, Ibu Tunggal, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya yang ada di Taman Datuk Haji Abdul Aziz bagi menyambut kedatangan Bulan Ramadhan AL-Mubarak dan berharap mereka akan dapat menjalankan ibadat puasa sama seperti insan-insan lain.
PENINGKATAN KETARA SKUAD KEBANGSAAN
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 8:13 AM
KUALA LUMPUR - Sir Alex Ferguson sekali lagi menghamburkan pujian buat skuad kebangsaan sambil mengakui Manchester United terpaksa bergelut sebelum menang 2-0 dalam perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.Menurutnya, para pemain kebangsaan mempamer peningkatan berbeza berbanding skuad 2001, di mana mereka menang besar 6-0.
Malahan Ferguson lebih banyak memuji persembahan pemain negara semalam berbanding ketika pasukannya hampir dikejutkan sebelum menang 3-2 pada perlawanan pertama Sabtu lalu.
"Saya terkejut melihat mereka telah banyak berubah pada perlawanan hari ini (semalam) dan juga Sabtu lalu.
''Ia sama sekali berbeza berbanding sembilan tahun lalu. Skuad kali ini bertenaga, mereka begitu ghairah untuk mengejar bola dan membuatkan kami terpaksa bergelut," katanya dalam sidang media semalam.
Jelasnya, pemain yang diturunkan oleh K. Rajagobal semalam lebih bertenaga dan memiliki kelajuan luar biasa sehingga memberi mampu ancaman kepada pasukannya.
"Mereka memiliki kelajuan cuma penyudahnya rata-rata pemain anda perlu memperbaikinya.
"Bagaimanapun segala pergerakan dan keputusan yang dilakukan mereka di atas padang boleh dibanggakan," katanya pengendali berbangsa Scotland itu.
"Bagaimanapun segala pergerakan dan keputusan yang dilakukan mereka di atas padang boleh dibanggakan," katanya pengendali berbangsa Scotland itu.
Ferguson juga amat berpuas hati dengan pemain muda yang diturunkan seperti Fabio dan Federico Macheda, di mana mereka mampu memberi persembahan terbaik.
Dalam pada itu, Rajagobal berkata, penyudah tumpul dan pertahanan goyah merupakan punca hasrat skuad kebangsaan lebur untuk mengulangi persembahan cemerlang seperti Sabtu lalu.
Kata beliau, ketiadaan penyudah yang berkesan di jentera serangan tidak sepatutnya berlaku jika mahu memberi tentangan ke atas pasukan handal seperti United.
"Kita perlukan penyudah yang baik apabila berdepan pasukan kuat seperti United.
"Namun ia gagal dijelmakan. Kita ada sekurang-kurangnya dua peluang gol di babak pertama namun ia gagal disempurnakan. Pertahanan kanan dan kiri juga tidak berfungsi dengan baik hari ini.
"Inilah punca kita terpaksa melepaskan gol di awal permainan," katanya.
Tambah Rajagobal, skuad bimbingan Ferguson juga menurunkan skuad berbeza di babak pertama berbanding pertama pertama.
"Aksi mereka lebih bertenaga dengan percaturan skuad berbeza yang diturunkan pada malam ini.
"Ternyata mereka lebih bersedia untuk perlawanan ulangan ini.
"Untuk mengimbangi perlawanan, saya membuat pertukaran di babak kedua dengan memasukkan pemain muda.
"Dan saya berpuas hati dengan aksi di babak kedua kerana kita banyak melalukan asakan walaupun gagal memperoleh jaringan," katanya.
(Sumber : Utusan Malaysia Online)
Dahulu Mufti Perak sudah mengatakan hampir 100,000 orang melayu murtad. Kini apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar.
Orang Melayu pakatan sudah murtad kepada agama Kristian. Dan agenda pendakyah Kristian sudah hampir berjaya menghancurkan orang islam di Malaysia.
Ketika Islam Dicabar, Rasullullah s.a.w Di Hina, Bangkitlah Wahai Umat Muhammad Demi Mempertahankan Akidah Dan Kebenaran Yang Diyakini. Kenalilah orang kafir jahanam yang menjadi sahabat PAS...
Hayatilah Surah Al-Baqarah ini, Ayat 6-hingga 13[6]: Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.[7](Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.[8]Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.[9]Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.[10]Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).[11]Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".[12]Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.[13]Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).Allah telah menjelaskan siapakah orang kafir yang sebenarnya...Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka.
Apatah lagi apabila PAS menghina Ayat Allah apabila membenarkan orang kafir membaca potongan Ayat Al-Quran...Nauzubillah.. kini pemimpin mereka pula 'menyerupai tindakan orang kafir'... 'tasyabbaha' membawa lilin yang sudah pasti tidak ada dalam ajaran Islam...
Sahlah PAS semakin sesat.... disesatkan oleh DAP kafir!
(Sumber : selamatkanperak.blogspot.com)
HADIAH MESRA RAKYAT : TERIMA KASIH DATO' SERI!!!
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 9:33 PM
TAHNIAH diucapkan kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada berjaya menerajui Malaysia dengan cemerlang meskipun baru 100 hari memerintah negara. Kami amat-amat terkejut dan bersyukur, kerana pada hari ke-100 pemerintahan beliau, YAB Dato' Seri telah mengumumkan 11 ‘hadiah mesra rakyat’. Sehingga hari ini, pentadbiran beliau menunjukkan perubahan yang positif kepada seluruh rakyat Malaysia. Sikap tolenransi dan mesra rakyat yang beliau pamerkan cukup menyenangkan hati rakyat. Di tambah pula dengan konsep 1Malaysia yang di sambut baik oleh setiap rakyat Malaysia.HADIAH MESRA RAKYAT 1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.
2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.
3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.
4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.
5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.
6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.
7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.
8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.
9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.
10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.
11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Semoga Malaysia akan terus maju, makmur dan aman di bawah pemerintahan YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik YAB Dato' Seri rasa nak junjung
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi YAB Dato' Seri saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Pengerusi, Jawatankuasa dan Seluruh Penduduk
Taman Datuk Haji Abdul Aziz
Kampung Pulai
Melaka
Merakamkan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah
kepada
Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia Ke-6
Sempena
" 100 HARI SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA "
Pada 11 Julai 2009
" Semua Penduduk Taman Datuk Haji Abdul Aziz berharap dan berdoa agar YAB Dato' Seri akan dapat menempuh hari-hari yang akan datang yang pelbagai corak dan ragam dengan penuh sabar dan tabah. "
" 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan "

PUTRAJAYA 8 Julai — Kerajaan hari ini memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) dimartabatkan dan Bahasa Inggeris (BI) dimantapkan di semua peringkat persekolahan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu Kementerian Pelajaran akan melaksanakan beberapa langkah untuk memantapkan penguasaan kedua-dua bahasa itu.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum mata pelajaran itu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa.
“Ia akan dilaksanakan di kalangan murid melalui pendekatan modular bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.
“Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
~Sumber : Utusan Malaysia~
PUTRAJAYA 8 Julai - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan. Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
~Sumber : Utusan Malaysia~
PERTANDINGAN BERZANJI & MARHABAN PERINGKAT DUN SERKAM 2009M/1430H
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 9:46 AMPertandingan Berzanji dan Marhaban Peringkat DUN Serkam ini telah disertai sebanyak 7 buah kumpulan yang mewakili masjid-masjid di dalam DU
N Serkam. Kumpulan Masjid AR-Rahman, Kampung Pulai turut menyertai kumpulan ini yang mana kesemua ahlinya terdiri daripada penduduk-penduduk di Taman Datuk Haji Abdul Aziz. Seramai 5 orang ahli kumpulan berzanji dan marhaban Masjid AR-Rahman, Kampung Pulai ini merupakan Jawatankuasa RT Taman Datuk Haji Abdul Aziz. Walaupun hanya memperolehi hadiah saguhati, kumpulan Masjid Ar-Rahman ini harus dipuji diatas usaha yang ditunjukkan semasa pertandingan ini diadakan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Wira Haji Ahmad Bin Hamzah, Ahli Parlimen Jasin. Turut hadir YB. Tuan Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam, Encik Zakaria Bin Abu Bakar, Penghulu DUN Serkam, Tuan Haji Musa Ahmad, Penyelaras UMNO DUN Serkam. Dalam ucapan penutupnya, YB Tuan Haji Ghazale Muhammad, ADUN Kawasan Serkam melahirkan rasa bangga beliau kerana program sebegini mendapat penyertaan yang menggalakkan. Lebih membanggakan beliau apabila program ini turut disertai oleh golongan muda. Beliau Berharap agar pada masa akan datang akan ada lebih ramai lagi golongan muda yang
menyertai program ini.
Saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada YB. Tuan Haji Ghazale Muhammad, ADUN Kawasan Serkam diatas usaha murni yang ditunjukkan oleh YB dalam memartabatkan seni berzanji dan marhaban yang semakin dilupakan. Saya berharap pada masa akan datang YB akan lebih banyak dapat menganjurkan program-program berbentuk keagaaman seperti ini di DUN Serkam ini.
Saya juga secara peribadi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli kumpulan, Kumpulan Masjid Ar- Rahman Kampung Pulai di atas penyertaan tuan-tuan dalam pertandingan ini. Walaupun tidak memperoleh kemenangan, usaha serta semangat juang yang tuan-tuan tunjukkan amatlah membanggakan. Kalah
sekali bukan bermakna kalah selamanya. Insyallah pada pertandingan akan datang kumpulan Masjid Ar-Rahman akan dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pembacaan, penyampaian, lagu, sebutan dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
