PUTRAJAYA 8 Julai — Kerajaan hari ini memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) dimartabatkan dan Bahasa Inggeris (BI) dimantapkan di semua peringkat persekolahan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu Kementerian Pelajaran akan melaksanakan beberapa langkah untuk memantapkan penguasaan kedua-dua bahasa itu.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum mata pelajaran itu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa.
“Ia akan dilaksanakan di kalangan murid melalui pendekatan modular bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.
“Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
~Sumber : Utusan Malaysia~
PUTRAJAYA 8 Julai - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan. Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
~Sumber : Utusan Malaysia~
PERTANDINGAN BERZANJI & MARHABAN PERINGKAT DUN SERKAM 2009M/1430H
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 9:46 AMPertandingan Berzanji dan Marhaban Peringkat DUN Serkam ini telah disertai sebanyak 7 buah kumpulan yang mewakili masjid-masjid di dalam DU
N Serkam. Kumpulan Masjid AR-Rahman, Kampung Pulai turut menyertai kumpulan ini yang mana kesemua ahlinya terdiri daripada penduduk-penduduk di Taman Datuk Haji Abdul Aziz. Seramai 5 orang ahli kumpulan berzanji dan marhaban Masjid AR-Rahman, Kampung Pulai ini merupakan Jawatankuasa RT Taman Datuk Haji Abdul Aziz. Walaupun hanya memperolehi hadiah saguhati, kumpulan Masjid Ar-Rahman ini harus dipuji diatas usaha yang ditunjukkan semasa pertandingan ini diadakan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Wira Haji Ahmad Bin Hamzah, Ahli Parlimen Jasin. Turut hadir YB. Tuan Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam, Encik Zakaria Bin Abu Bakar, Penghulu DUN Serkam, Tuan Haji Musa Ahmad, Penyelaras UMNO DUN Serkam. Dalam ucapan penutupnya, YB Tuan Haji Ghazale Muhammad, ADUN Kawasan Serkam melahirkan rasa bangga beliau kerana program sebegini mendapat penyertaan yang menggalakkan. Lebih membanggakan beliau apabila program ini turut disertai oleh golongan muda. Beliau Berharap agar pada masa akan datang akan ada lebih ramai lagi golongan muda yang
menyertai program ini.
Saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada YB. Tuan Haji Ghazale Muhammad, ADUN Kawasan Serkam diatas usaha murni yang ditunjukkan oleh YB dalam memartabatkan seni berzanji dan marhaban yang semakin dilupakan. Saya berharap pada masa akan datang YB akan lebih banyak dapat menganjurkan program-program berbentuk keagaaman seperti ini di DUN Serkam ini.
Saya juga secara peribadi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli kumpulan, Kumpulan Masjid Ar- Rahman Kampung Pulai di atas penyertaan tuan-tuan dalam pertandingan ini. Walaupun tidak memperoleh kemenangan, usaha serta semangat juang yang tuan-tuan tunjukkan amatlah membanggakan. Kalah
sekali bukan bermakna kalah selamanya. Insyallah pada pertandingan akan datang kumpulan Masjid Ar-Rahman akan dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pembacaan, penyampaian, lagu, sebutan dan sebagainya.
TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA BOT KARAM DI PERAIRAN PULAU BESAR, MELAKA
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 10:10 AM




Jawatankuasa KRT dan Seluruh Penduduk Taman Datuk Haji Abdul Aziz merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Rauf Maidin yang telah kembali kerahmatullah selepas ditemui lemas di perairan Pulau Besar, malam sabtu lalu. Kami berharap, seluruh ahli keluarga Allahyarham dapat bersabar dan menerima ketentuan ilahi ini dengan tabah. Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Dalam kesempatan ini, Kami juga ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat kejadian bot karam membabitkan Allahyarham dan rakannya, Abdullah Abu atau Berahim. Pasukan itu ialah Polis, Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Anggota Komando Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya, JKKK Umbai, Persatuan Nelayan Umbai, nelayan tempatan dan sekitar Umbai serta semua pihak yang bersama-sama melancarkan operasi berkenaan.
Tidak lupa juga kepada YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diatas keperihatinan Datuk Seri yang sudi meluangkan masa melawat tempat kejadian dan bertemu dengan ahli keluarga mangsa..
Hanya Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan membalas budi dan jasa baik tuan-tuan semua.
MEMPERSIAP RAKYAT MENGHARUNGI CABARAN 1 MALAYSIA
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 10:04 AM
Konsep ilham PM pastikan prinsip Perlembagaan, matlamat Rukun Negara ke arah perpaduan terlaksana selain kerajaan, semua strata masyarakat Malaysia perlu bersungguh-sungguh dalam merealisasikan transformasi 1Malaysia, dengan merapatkan jurang sedia ada.Dalam titah Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Baginda pada 6 Jun lalu, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru semua rakyat Malaysia menghayati konsep 1Malaysia dan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan mereka.Pada istiadat sama, dalam ucapan tahniah bagi pihak kerajaan, penjawat awam dan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendukung konsep itu menegaskan d
alam usaha untuk mengukuhkan perpaduan negara, konsep 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan, sama ada secara tersurat atau tersirat. Dalam 1Malaysia sememangnya ada beberapa idea sosiopolitik dalam Perlembagaan yang akan mencorak perjalanan ke arah perpaduan negara yang mempunyai kepelbagaian masyarakat.
alam usaha untuk mengukuhkan perpaduan negara, konsep 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan, sama ada secara tersurat atau tersirat. Dalam 1Malaysia sememangnya ada beberapa idea sosiopolitik dalam Perlembagaan yang akan mencorak perjalanan ke arah perpaduan negara yang mempunyai kepelbagaian masyarakat.Satu daripadanya ialah idea kepelbagaian etnik di Malaysia hari ini berasaskan kepada prinsip kerakyatan yang sama sudah berkembang daripada Kesultanan Melayu dan entiti penduduk Bumiputera lain, menunjukkan bahawa Perlembagaan mengintegrasikan keadaan yang lalu dengan sekarang. Justeru, ada usaha untuk menyeimbangkan hak dan kepentingan bagi pelbagai komuniti. (Sumber : Blog 1 Malaysia)
LAKONAN PAS : DRAMA KERAJAAN PERPADUAN
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 2:56 PM

Hebatkah KUASA Anwar Ibrahim yang boleh membuatkan seseorang itu TUNDUK kepadanya…?Siapakah yang tunduk kepadanya..? Seorang pemimpin parti Islam yang bertaraf Tok Guru, pemimpin nombor SATU kepada puluhan atau mungkin ratusan ribuan ahli ahlinya.Sepanjang 50 tahun negara ini disulami dengan kancah politik tanahair, pentas yang telah dihiasi oleh penyertaan pelbagai kaum, tetapi belum pernah dapat disatukan fahaman dan idealisme Pembangkang.
Hanya setelah Anwar Ibrahim “bebas” daripada tahanan penjara dan dapat bersama sama gerombolan pembangkang buat kali julung julung kalinya mengetuai mereka dalam pertarungan pilihanraya ke 12 tahun lepas, maka terciptalah gandingan pambangkang yang menyaksikan PAS dan DAP boleh makan sepinggan dan tidur sebantal untuk mimpi yang serupa…Tetapi apabila PAS mula merasakan bahawa mereka sekadar penumpang dalam pesawat yang dipandu oleh PKR dan DAP, timbullah ilham mahu menjengok kepada kerajaan UMNO-BN sudi apalah kiranya jika dibicarakan soal perpaduan…. Cetusan minda ini lahir dari suara Presiden PAS, dalam majlis mereka sendiri, nilainya pula berupa sebuah “ucapan dasar” parti.
Inilah yang membuatkan DAP dan PKR terpanggil untuk menilai semula betapa besarnya 'value' penyertaan PAS dalam pakatan mereka sekiranya parti itu berkeputusan meninggalkan gabungan pembangkang.Tetapi DAP sedar bahawa PAS boleh disergah. Ini bukan kali pertama untuk mereka memperkotak katikkan parti Islam itu. Sewaktu Husam Musa pernah buat kenyataan dalam satu sesi debat bersama Khairy bahawa sekiranya PAS bersama Pembangkang bentuk kerajaan pusat, HUDUD akan dilaksanakan, maka berteriaklah Lim Guan Eng dan Karpal Singh.
Setelah itu kenyataan itu segera ditarik balik sebab DAP tak izinkan PAS laksanakan HUDUD…!Begitu juga bila bersahut-sahutan pemimpin PAS membawa idea Kerajaan Perpaduan, maka DAP hanya perlu buat kenyataan yang bertentangan dengan usul tersebut!Sudah pasti Anwar akan memainkan peranan untuk menyelesaikan kekusutan ini. Hanya beliau yang mampu untuk “mendiamkan” kedua-dua ketua parti berlainan agama itu……Ramai yang melihat senario ini yang sebenarnya berlaku….. Tetapi kalau kita perhalusi babak babak dalam adegan ini, boleh ditafsirkan bahawa segala-galanya hanyalah “lakonan” yang dirancang oleh PAS.PAS mahu “test market” iaitu menguji sejauh manakah 'value' yang masih ada pada parti mereka dimata Anwar dan Kit Siang.
Tindak tanduk PAS seolah-olah isteri tua yang mula “buat perangai” terhadap madunya dan juga suaminya. Istilahnya disini PKR adalah suami, DAP adalah isteri muda dan PAS menjadi isteri tua. Senarionya pula, si suami sentiasa melebih-lebihkan kasih sayangnya kepada isteri yang muda…. Maka, isteri tua mula nak bersuara dan menggambarkan akan meninggalkan rumah yang mereka diami bersama. Hah! apa lagi.., panik jugalah seketika si suami dan madunya!Oleh itu untuk menjawab persoalan yang diatas pada permulaan artikel ini, sebenarnya bukanlah hebat mana pun kuasa yang ada pada Anwar, semua ini memang telah dirancang atur oleh Haji Hadi dan Nasharuddin Mat Isa untuk memberikan “wake up call” kepada Ketua Umum PKR itu agar jangan sekali kali cuba mahu menguasai parti yang sudah berusia puluhan tahun itu. (Sumber : Blog Medan Info)
LAWATAN PESERTA PROJEK MUHIBBAH INTEGRASI DESA (PUTRA) KE TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 8:47 AMPada hari Ahad 21 Jun 2009 yang lalu, Taman Datuk Haji Abdul Aziz telah menerima kunjungan daripada semua peserta Projek Muhibbah Integrasi Desa (PUTRA) seramai 80 orang. Dengan kerjasama semua Jawatankuasa dan ahli MCA Taman Datuk Haji Abdul Aziz, KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz telah membuat persiapan bagi menyambut rombongan daripada Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang ini.
Ketibaan rombongan ini pada jam 10.30 pagi yang diiringi oleh kakitangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), KEMAS dan JKKK Kampung Pulai telah disambut oleh Jawatankuasa KRT dan Jawatankuasa MCA Taman Datuk Haji Abdul Aziz. Encik Mah yang juga salah seorang jawatankuasa MCA Taman Datuk Haji Abdul Aziz telah mewakili KRT dan MCA menyampaikan ucapan aluan kepada semua peserta rombongan. Encik Mah juga sekali lagi telah mewakili KRT dan MCA Taman Datuk Haji Abdul Aziz telah menyampaikan sedikit cenderamata tanda kenang-kenangan dan sebagai tanda persahabatan antara semua yang hadir. Sebelum bergerak pulang, semua yang hadir telah menikmati jamuan yang disediakan.
JANGAN PERTIKAI KUASA YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA MELAYU
0 comments Posted by Halim Abdul Majid (Setiausaha RT) at 10:50 AM
Sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan itu adalah persetujuan yang dicapai secara bersama ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan. Ia dicapai dalam semangat memberi dan menerima serta memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum.Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu. Oleh itu, apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu. Pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis iaitu asas-asas yang dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka. Penyimpangan daripada semangat asal yang dicapai itu tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.
Asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalahgunakan di peringkat pelaksanaan sehingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas. Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri memastikan bahawa kepentingan-kepentingan kaum lain yang sah dari segi undang-undang turut dilindungi, Amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku kerana setiap warganegara yang sah adalah rakyat yang harus diberikan keadilan yang setimpal. Hari ini institusi ilmu tumbuh bercambah tetapi aspek kesopanan dan kesusilaan bagaikan tidak diutamakan lagi.
Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara bukan sahaja tidak dihormati malah dipersenda secara terbuka. Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian. Atau kemungkinan sedang berlakunya satu keadaan tidak seimbang di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga alpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan. Ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat. Komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terlibat dengan aktiviti keilmuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

