SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN

PENGERUSI & JAWATANKUASA

KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ

MERLIMAU, MELAKA


mengucapkan


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"


"MAAF ZAHIR & BATIN"


"BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU WALAU KEMANA SAJA DESTINASI YANG DI TUJU"




LOGO BARU KRT TDHAA

LOGO BARU

KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ

MERLIMAU, MELAKA



SALAM KEMERDEKAAN KE-54

SALAM KEMERDEKAAN

BUAT SEMUA WARGA KRT MALAYSIA


ikhlas daripada



SETIAUSAHA

KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ

MERLIMAU, MELAKA.






"1MALAYSIA : TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA"

LAMAN FACEBOOK KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ

Semua Pengungjung Blog KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz (KRT TDHAA) adalah dipelawa mengunjungi laman sosial Facebook (FB) KRT TDHAA....sila klik pada logo FB dibawah.


Assalammualaikum W.R.T, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.


" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "



~Maaf Zahir Dan Batin~


UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Pengerusi & Jawatankuasa
KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz
Merlimau, Melaka

mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERPADUAN 2011

Pada 21 Ogos 2011 yang lalu, bertempat di Laman Perpaduan KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz, telah diadakan Program Memasak Bubur Lambuk Perpaduan 2011. Program yang menjadi acara tahunan KRT TDHAA ini telah dimulakan pada jam 9.00 pagi. Acara memasak bubur lambuk ini secara bergotong royong ini mendapat kerjasama daripada seluruh jentera Jiran Wanita dan Jiran Usia Emas. Manakala Jiran Muda bertindak sebagai pengagih bubur lambuk ini.

Seperti kebiasaan, pihak KRT TDHAA hanya memasak sebanyak 2 periuk besar dalam kapasiti 20 kilogram beras. Jumlah ini dapat menampung seramai hampir 1500 orang penduduk di Taman Datuk Haji Abdul Aziz ini atau 357 buah rumah di taman ini.

Pengagihan bubur lambuk ini telah diadakan bermula jam 4 petang yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna Negeri Melaka merangkap ADUN Kawasan Serkam. Turut hadir Encik Mustafa Haron, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Encik Zaidi Bin Attan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin.

Pengerusi KRT TDHAA, Encik Norhan Samah berharap Program Memasak Bubur Lambuk ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Beliau juga berkata pada tahun hadapan, selain memasak bubur lambuk, akan diadakan juga Program Mengacau Dodol Perpaduan. Diharapkan apa yang dirancang akan mendapat keberkatan dan menjadi kenyataan.


Jiran Wanita KRT TDHAA bekerjasama membuat persiapan memasak.

Penduduk sama-sama bergotong royong menyediakan persiapan memasak bubur

Kaum Wanita menyediakan persiapan dan memantau kerja-kerja memasak manakala kaum lelaki membantu mengacau bubur.

Encik Zaidi Bin Attan, Ketua Pemuda Bahagian Jasin turut membantu membungkus bubur sebelum diagihkan kepada para penduduk.

YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad bersama Encik Mustafa Haron, Encik Norhan Samah menyampaikan bubur lambuk perpaduan kepada salah seorang penduduk di Taman Datuk Haji Abdul Aziz.

SALAM KEMERDEKAAN KE-54

Salam Kemerdekaan Ke-54 buat seluruh Rakyat Malaysia walau dimana anda berada.

SEKADAR BERKONGSI!!



PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERPADUAN



ADALAH DIMAKLUMKAN AKTIVITI / PROGRAM AKAN DATANG KRT TDHAA


PENUBUHAN SRS KRT TDHAA

Alhamdulillah.....Syukur ke hadrat ilahi kerana setelah lama berusaha dan menunggu, akhirnya permohonan penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT TDHAA menjadi kenyataan. KP JPNIN telah meluluskan penubuhan SRS KRT TDHAA pada 19 April 2011 yang lalu. SRS KRT TDHAA juga telah mendapat alatan rondaan yang diperuntukkan oleh pihak Jabatan kepada kami. Disebabkan pada ketika ini umat Islam sedang berpuasa dan dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan, SRS KRT TDHAA akan mula digerakan mulai pertengahan bulan September. Walau bagaimanapun, rondaan ini akan cuba digerakkan secepat mungkin disebabkan terdapat permintaan daripada penduduk-penduduk di Taman Datuk Haji Abdul Aziz untuk turut serta dalam SRS ini.


Seluruh Jawatankuasa KRT TDHAA ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada KP JPNIN, TKP JPNIN, Ibu Pejabat JPNIN Putrajaya, YB Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, Exco Perpaduan Negeri Melaka merangkap ADUN Kawasan Serkam, Pengarah JPNIN Negeri Melaka, Pegawai JPNIN Negeri Melaka, Pegawai & Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Ketua Balai Polis Merlimau serta semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak sehingga tertubuhnya SRS KRT TDHAA.


Pengerusi KRT TDHAA sedang memeriksa alatan rondaan SRS yang baru diterima daripada PPD Jasin.



Encik Norhan Samah, Pengerusi KRT TDHAA sedang bergambar bersama alatan rondaan SRS.

Sebahagian alatan rondaan SRS KRT TDHAA yang baru diterima daripada Pejabat Perpaduan Daerah Jasin.

Sijil Akuan Penubuhan SRS KRT TDHAA.

LOGO BARU KRT TDHAA

Dengan ini diperkenalkan Logo Baru KRT TDHAA untuk pengetahuan semua. Logo baru ini akan digunakan mulai 8 Ogos 2011 bagi memudahkan urusan dengan semua pihak. Logo baru ini akan merupakan identiti kpd KRT TDHAA.




SALAM PERKENALAN & SALAM PERPISAHAN

SALAM PERKENALAN
PENGERUSI KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ

ENCIK NORHAN BIN SAMAH

__________________________________________________

SALAM PERPISAHAN
MANTAN PENGERUSI KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ

ENCIK HUSIN BIN NASIR

MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA















Pada 24 September 2010 yang lalu, KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz telah mengadakan MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA bertempat di Laman Perpaduan KRT TDHAA. Majlis yang bermula pada jam 9 mlm ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam.

Majlis ini diadakan bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Malaysia yang disambut oleh rakyat Malaysia baru-baru ini. Majlis ini bertujuan meraikan kedua-dua sambutan ini secara bersama antara semua penduduk di TDHAA tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Selain itu, majlis ini bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara semua penduduk melalui majlis-majlis seperti ini.

Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan majlis ini. Turut hadir ke majlis ini ialah Y.B. Senator Datuk Akbar Bin Ali, Ahli Dewan Negara, Encik Muhammad Sulaiman Bin Markumi, Pemangku Pegawai Perpaduan Daerah Jasin, Encik Zakaria Bin Abu Bakar, Penghulu DUN Serkam, Encik Lazan Bin Ali, Pengerusi KRT Taman Pahlawan merangkap Penghulu DUN Merlimau, Encik Ramlan Bin Ali, Setiausaha Japerun DUN Serkam, Pengerusi-Pengerusi KRT dalam DUN Serkam serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Kemuncak majlis ini adalah persembahan bunga api selama hampir 15 minit. Rata-rata penduduk di TDHAA yang ditemui selepas majlis ini berpuas hati dengan majlis yang dianjurkan oleh KRT TDHAA dan berharap ianya dapat diadakan setiap tahun di TDHAA.

MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA


KRT Taman Datuk Haji Abdul Aziz, Kampung Pulai, Merlimau, Melaka akan mengadakan MAJLIS JAMUAN RAKYAT PERPADUAN 1 MALAYSIA sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 & Sambutan Hari Malaysia Peringkat Taman Datuk Haji Abdul Aziz seperti ketentuan berikut :-

Tarikh : 24-9-2010 (Jumaat)

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Laman Perpaduan KRT TDHAA

Tetamu Kehormat : Y.B. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam.

Majlis ini diadakan bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang baru disambut orang umat Islam di seluruh negara dan juga bersempena Sambutan Hari Malaysia yang bari disambut pada 16 September 2010 yang lalu.

Sehubungan dengan itu, semua adalah dijemput hadir. Kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis ini.

MAAF DIATAS KELEWATAN MENGEMASKINI BLOG KRT TDHAA

Jawatankuasa KRT TDHAA memohon jutaan kemaafan diatas kelewatan mengemaskini laman blog kami ini disebabkan kekangan masa. Kami berjanji akan sentiasa mengemaskini laman blog ini bagi memudahkan maklumat disalurkan kepada semua pihak. Terima kasih.

SELURUH WARGA
KRT TAMAN DATUK HAJI ABDUL AZIZ

Mengucapkan

TAHNIAH

Kepada semua Penerima Anugerah Kalung Perpaduan & Pemenang Pelbagai Kategori

sempena


MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN
PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

yang telah disempurnakan oleh


Y.A.B. TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri


pada 21 Mei 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan B, Melaka International Trade Centre (MITC) Melaka.










SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2010


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 pada 21 - 23 Mei 2010 (Jumaat-Ahad) bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Majlis Pelancaran SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 akan disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri pada 21 Mei 2010 (Jumaat), jam 8.30 Malam di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka. Acara kemuncak bagi sambutan ini akan menyaksikan penyampaian hadiah dan anugerah bagi pelbagai kategori.Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik bagi memeriahkan lagi sambutan ini di MITC akan diadakan untuk semua pengunjung. Semua Warga RT 1 Malaysia adalah dijemput hadir. Sila klik di sini

DAUN & TEPAK SIREH : MENGERATKAN PERPADUAN KAUM


Tradisi makan sirih merupakan warisan budaya silam, melebihi 3,000 tahun yang lampau atau zaman Neolitik dan diamalkan dengan meluas di rantau Asia Tenggara, hingga keabad kini. Pengamalnya terdiri dari pelbagai golongan termasuk masyarakat marhaen, pembesar negara, raja serta kalangan istana dan tidak ketinggalan juga kanak-kanak.

Tradisi ini tidak dapat dipastikan dari mana asalnya. Ianya dikatakan berasal dari India, berdasarkan cerita-cerita sastera. Manakala jika berdasarkan bukti linguistik, kemungkinan besar tradisi ini berasal dari kepulauan Indonesia. Pelayar terkenal Marco Polo diabad ketiga belas telah menulis dalam catatannya bahawa terdapat segumpal sentil atau songel tembakau dimulut kaum India. Kenyataan ini dijelaskan juga oleh penjelajah terdahulu daripadanya seperti Ibn Batuta dan Vasco Da Gama yang menyatakan terdapat masyarakat di sebelah Timur memakan sirih.

Sementara di Malaysia, tradisi ini dikatakan mungkin bermula tanpa pengaruh luar. Masyarakat India menyatakan bahawa sirih pada mulanya bukan untuk dimakan, tetapi adalah sebagai bahan persembahan sewaktu sembahyang di kuil-kuil sahaja. Beberapa daun sirih akan dihidangkan bersama-sama sebelah kelapa yang telah dibelah dua berserta dua biji pisang emas sebagai persembahan untuk dewa.

Kini sirih menjadi popular dikalangan masyarakat Melayu, selain dimakan oleh masyarakat marhaen, juga sebagai simbol adat resam dan adat istiadat Melayu yang telah menjadi suatu kepastian di dalam beberapa upacara adat kaum tersebut. Dalam urusan nikah kahwin, perubatan tradisional dan banyak lagi adat adalah sebagai contoh dimana sirih itu digunakan secara beradat sekali.

Sirih junjung dihias cantik sebagai sebahagian barang hantaran pengantin dan juga sirih penyeri kepada pengantin perempuan. Selain itu di dalam upacara rasmi kebesaran istana dan kerajaan juga, sirih junjung memainkan peranan penting, dimana ianya menjadi penyeri majlis dan mengepalai sesuatu perarakan yang diadakan.





Pada 24 April 2010 yang lalu, Baton Sukan Malaysia (SUKMA) XIII Melaka 2010 telah diserahkan oleh YB. ADUN Kawasan Merlimau kepada YB. Datuk Haji Ghazale Bin Muhammad, ADUN Kawasan Serkam untuk dibawa lari ke seluruh pelusuk DUN Serkam pada 25 April 2010. Pada sebelah petang 24 April 2010, Baton tersebut telah diarak dan dibawa lari ke kawasan-kawasan yang tidak dilalui semasa hari larian iaitu pada 25 April 2010. Antara kawasan yang dilalui ialah Taman Datuk Haji Abdul Aziz. Program ini telah mendapat kerjasama dari Jawatankuasa KRT TDHAA. Larian Baton ini bermula di jalan masuk utama TDHAA dan melalui setiap jalan-jalan di taman ini dan berakhir di Perkarangan Laman Perpaduan KRT TDHAA sebelum perjalanan baton diteruskan ke lokasi seterusnya. Program Larian Baton di TDHAA ini telah disertai kira-kira hampir 100 orang merangkumi semua kaum di TDHAA ini. Larian yang diketuai oleh YB. Datuk Haji Ghazale sendiri telah diserahkan kepada Jawatankuasa KRT TDHAA secara bergilir-gilir semasa larian di TDHAA. Kehadiran "Tuah" iaitu maskot SUKMA XIII Melaka 2010 semasa program ini telah menceriakan keadaan dan menarik perhatian sama ada kanak-kanak mahupun golongan dewasa. YB. Datuk Haji Ghazale Muhammad, ADUN Kawasan Serkam mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh Jawatankuasa KRT TDHAA semasa Larian Baton ini.